Banduan larikan diri berjaya ditangkap
Iklan
MELAKA TENGAH - Seorang banduan dari Penjara Dusun Dato' Murad Ayer di Keroh di sini yang sedang bekerja di bawah program Banduan Kemahiran Luar Penjara melarikan diri sebelum berjaya ditangkap semula malam tadi.
Lelaki berusia 25, yang bekerja sebagai pekerja am di padang Kelab Golf Tiara di Ayer Keroh di sini dilaporkan melarikan diri ke arah hutan di belakang kelab golf berkenaan pada jam 12.50 tengah hari semalam sebelum ditangkap semula kira-kira jam 8.45 malam dan diserahkan kepada polis.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, banduan terbabit berasal dari Tanjung Agas, Muar, bekerja di situ di bawah program Banduan Kemahiran Luar Penjara antara usaha sama penjara dengan Kelab Golf Tiara.
"Banduan tersebut sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat dan ketika melarikan diri, suspek mempunyai baki tahanan selama dua bulan lagi sebelum dibebaskan.
Iklan
"Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan," katanya.
Afzanizar berkata, suspek bekerja di situ bersama sembilan orang lagi banduan dan dikawal selia dua anggota penjara.
Iklan
"Suspek bekerja di situ lebih kurang empat bulan selepas memenuhi kriteria pemilihan pihak penjara kerana berkelakuan baik di dalam penjara.
"Waktu kerja suspek di situ bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan segala pengangkutan disediakan Penjara Dusun Dato Murad," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>