Polis tahan lelaki berkapak mengamuk di restoran
Iklan
JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah kapak daripadanya selepas dia mengamuk di hadapan sebuah restoran di Mutiara Rini, Skudai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisoner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berumur 34 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan dia ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki berusia 22 tahun.
Iklan
Iklan
"Menurut pengadu, semasa dia berada di restoran berkenaan pada jam 11.50 malam, lelaki bersenjatakan kapak itu menimbulkan kekacauan di kawasan tersebut dalam keadaan mabuk.
"Lelaki tersebut turut memukul seorang lelaki warga asing lalu pengadu bertindak untuk membantu lelaki warga asing berkenaan dan terus menghubungi polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Dzulkhairi berkata, sepasukan anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kemudian menahan lelaki terbabit pada 11.58 malam di hadapan restoran itu selepas diserahkan pengadu.
Beliau berkata polis turut merampas kapak berkenaan dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera dan ugutan jenayah serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>