Tiada konflik kepentingan dalam buat keputusan
Iklan
Mohamad Ariff Md Yusof
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengakui bahawa anak lelakinya bekerja dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak berlaku konflik kepentingan dalam membuat keputusan berhubung usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.
Iklan
Iklan
"Ini bukan perkara yang saya sorok-sorokkan, memanglah. Tetapi anak saya umur 31 tahun... dia bebas untuk bekerja di mana sahaja, di bawah siapa sahaja.
"... Sama ada wujud conflict of interest, saya kira tidak. Dari segi kehakiman, peraturannya amat ketat. Saya dahulu bekas hakim, kalau ada sedikit pun perkara yang menyentuh tentang kebebasan dan sebagainya, kita harus menarik diri,” katanya.
Iklan
Ismail Sabri sebelum itu bangun meminta kepastian sama ada benar atau tidak anak Mohamad Ariff bekerja sebagai setiausaha akhbar kepada Lim, seperti yang tular dalam media sosial.
Semalam, Mohamad Ariff memutuskan tiada unsur provokasi dalam dakwaan Lim pada sesi sidang Dewan Rakyat Ogos tahun lepas bahawa wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.
Iklan
Isnin lepas, hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Dewan Rakyat mendapati wang berjumlah RM19.4 bilion yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST sebenarnya digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>