Cabul dua kanak-kanak, bapa saudara ditahan

Iklan
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh ditahan selepas disyaki mencabul dua anak saudara berusia tujuh dan lima tahun, dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini, Jun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk lelaki berusia 43 tahun itu terbongkar selepas salah seorang mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapa mereka, 36, pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun memberitahu yang suspek menyuruhnya membuka seluar sebelum menggosok kemaluannya, kira-kira jam 4 petang.

Kata sumber, selain mangsa, adik lelakinya berusia lima tahun turut memberitahu suspek yang dipanggil 'pakcik' itu ada menyuruh dia memegang kemaluannya, pada 26 Jun lalu.

Iklan

"Kanak-kanak tersebut turut memaklumkan dalam masa sama, suspek juga memegang kemaluan kakaknya itu semasa mereka berada di luar rumah.

"Masih tidak serik, suspek dikatakan cuba mengulangi perbuatan tidak senonohnya terhadap kedua-dua mangsa pada keesokan harinya (27 Jun) tetapi gagal kerana kebetulan ada individu lain di lokasi sebelum mereka diarahkan masuk ke dalam rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Sumber berkata, terkejut mendengar penjelasan kedua-dua anaknya, bapa mereka yang bekerja sebagai peniaga membuat laporan polis sejurus itu untuk tindakan selanjutnya sebelum suspek ditangkap semalam.

Dalam pada itu, Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik membenarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.