Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada Feb - April 2019
Iklan
EKONOMI Malaysia dijangkakan berkembang pada Februari hingga April 2019, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam Petunjuk Ekonomi Malaysia : Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Oktober 2018’ yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) menunjukkan peningkatan kepada negatif 0.7 peratus pada Oktober 2018 berbanding negatif 1.7 peratus pada September 2018.
Iklan
Iklan
Komposit IP disusun bagi memantau arah tuju prestasi ekonomi pada purata empat hingga enam bulan kehadapan.
Beliau berkata perubahan bulanan IP meningkat pada Oktober 2018 , dengan mencatat pertumbuhan 1.2 peratus kepada 119.3 mata berbanding 117.9 mata pada bulan sebelumnya.
Iklan
"Ini disebabkan peningkatan import benar Logam Asas Berharga dan logam bukan ferus lain (0.4 peratus),” katanya.
Sementara itum Indeks Serentak IS) yang mencerminkan indeks ekonomi semasa, meningkat satu peratus pada bulan rujukan.
Iklan
Dua komponen yang menyumbang secara signifikan ke atas peningkatan itu ialah Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.5 peratus) dan Nilai Caruman benar kepada KWSP (0.2 peratus), katanya.
Beliau berkata IS terus meningkat kepada 3.9 peratus pada Oktober 2018 berbanding 3.4 peratus dalam bulan sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>