Cabul: Lelaki Indonesia direman tujuh hari

Iklan
Samsor Maarof

RAWANG - Lelaki Indonesia yang ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes di sini Rabu lalu ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mahkamah membenarkan reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu bermula hari ini hingga Isnin depan.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Ahad lalu tular perbuatan lelaki tersebut yang melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa ketika berada di rak kedai itu bersama adiknya.

Iklan

Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan suspek dan menahannya semalam di kawasan berhampiran Bandar Country Homes.

Polis turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

Iklan

Suspek dipercayai bekerja sebagai buruh binaan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.