Pesara TLDM maut kemalangan

Iklan
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja pagi semalam di KM 33.0 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi. - Gambar kecil: Sayfudin Amat

KOTA TINGGI - Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikal ditunggangnya dalam perjalanan ke tempat kerja terlibat kemalangan di KM 33.0 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pagi tadi.

Mangsa, Sayfudin Amat Tairi, 52, meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Bandar Mas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan melibatkan dua penunggang motosikal dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit.

"Mangsa dipercayai melanggar sisi sebuah lagi motosikal di hadapannya yang ditunggang seorang lelaki yang membelok ke simpang sebelah kanan laluan.

Iklan
Iklan

"Pesara TLDM itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Mas ketika menerima rawatan kerana cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.