Henti sebar fitnah: PKR Perak
Iklan
Mohd Azlan
IPOH - PKR Perak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi maklumat berhubung penahanan pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran video intim.
Setiausahanya, Mohd Azlan Helmi berkata, pihaknya menyedari terdapat beberapa gambar dan poster dikesan telah disunting mengaitkan Farhash dengan kes yang sedang disiasat itu dan mengingatkan semua pihak berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih.
Iklan
Iklan
Menurutnya, serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan sebarang maklumat yang disebar pihak tertentu belum pasti kesahihannya.
"Kita harus menghentikan sebarang tuduhan fitnah yang dilemparkan ke atas Farhash selaku pengerusi pimpinan negeri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan Farhash, semalam yang juga Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, beliau mengakui terkejut dengan berita penahanan Farhash turut meminta semua ketua cabang dan ahli PKR negeri bertenang dengan berita terbabit.
Iklan
Menurutnya lagi, buat masa ini, perkara berkenaan tidak mengganggu perjalanan parti di peringkat negeri.
"Pergerakan parti di peringkat negeri berjalan seperti biasa. Saya minta semua pemimpin dan ahli di peringkat negeri ini agar bertenang. Teruskan gerak kerja seperti biasa.
"Saya ingin jelaskan bahawa ini hanyalah siasatan biasa pihak polis dan kita sama-sama doakan supaya nama Farhash dibersihkan daripada sebarang tuduhan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan"><meta itemprop="description" content="UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-18T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dWmcs1gW-i10z30aQ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P100S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xayo88m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xayo88m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xayo88m"></script>