Maut angkara buasir

Iklan
Deputi Superintendan, Zulkifli Mat Deris

SETIU – Seorang buruh ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda berdekatan kilang kayu milik abangnya di Sungai Lerek, dekat Bandar Permaisuri di sini awal pagi tadi.

Mayat Ruslan Mohammad, 50, dari Kampung Terbak, Besut ditemui abangnya, Afandi@Affendi, 57, kira-kira jam 7.15 pagi ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan memakai tuala di tempat duduk pemandu hadapan jenis Nissan Navara.

Menurutnya, mangsa dipercayai baru keluar tandas sebelum masuk ke dalam kenderaan milik isterinya yang diletakkan di hadapan tandas pekerja kilang tersebut.

Iklan

"Siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui beberapa tompokan darah di dalam tandas dan berdekatan bilik mandi serta berdekatan pintu kenderaan.

"Polis turut menemui kesan darah pada bahagian punggung mangsa dan lokasi lain dan hasil siasatan mendapati tidak ada unsur jenayah punca kematian mangsa,” katanya.

Iklan

Zulkifli berkata, mangsa sebelum ini dikatakan menghidap penyakit buasir kronik sejak 17 tahun lalu dan tidak menjalani sebarang rawatan.

Menurutnya, polis mengklasifikasi kes ini sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan usus,” katanya.