Lima pemain cilik Kedah wakili negara ke Barcelona
Iklan
Mukhriz (tengah) bergambar bersama pemain cilik Kedah selepas menyerahkan sumbangan sebelum pasukan itu berangkat ke Barcelona.
ALOR SETAR - Lima pemain cilik dari Kedah termasuk seorang perempuan mencipta sejarah apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak MILO Champions Cup di Barcelona, Sepanyol pada 28 Julai ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kelima-lima mereka, Adam Muqhriz Mohd Izham, 12; Aqil Danish Putra Rozaidi, 12; Amriel Nu’man Kamarul Azman, 12; Muhammad Imtiyaz Syafi Ghazali, 12, serta Nur Alya Marissa Al Fatah, 11, antara lapan pemain yang akan diterbangkan ke negara itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pendedahan ini dapat mengukur sejauh mana keupayaan pemain cilik Kedah di peringkat antarabangsa, yang akan membawa nama Malaysia mengharungi kejohanan membabitkan 13 negara itu.
"Kita bangga dengan pencapaian ini, dan kerajaan negeri menyumbang RM1,000 kepada setiap pemain Kedah. Kita harap mereka bermain cemerlang dan penuh semangat kejohanan ketika bertarung dengan pasukan dunia lain,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, hari ini.
Iklan
Mukhriz berkata, pihaknya bangga kerana lima pemain ini merupakan pewaris pasukan Kedah pada masa akan datang.
"Ini suatu pendedahan terbaik kerana berentap dengan pasukan antarabangsa, selain diadakan di lokasi yang sinonim dengan bola sepak. Jangan siakan peluang ini,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>