Kes perkosa amah: Perkasa gesa siasatan dipercepatkan

Iklan
SYED HASSAN

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa polis untuk menyiapkan segera siasatan berhubung kes pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol majikannya yang juga seorang Exco Perak.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, kes tersebut cukup memalukan negara dan mendapat liputan meluas dari media Indonesia sejak ia didedahkan sehingga ke hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kes profail tinggi seperti ini sewajarnya disegerakan siasatan dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan tanpa ada pendakwaan.

Katanya, kerajaan PH selalu mendakwa mereka telus dan tidak melindungi sesiapa jika pemimpin mereka terbabit dengan salah laku apalagi membabitkan kes yang dianggap jenayah berat seperti ini.

Iklan

"Kita harap tiada cubaan untuk melindungi pelaku oleh parti memerintah kerana rakyat menanti kes ini dan bertanya-tanya, apakah akan ada lagi ahli politik dari PH (Pakatan Harapan) akan dilindungi atau dilepaskan dari disabitkan kesalahan?

"Peguam Negara juga diminta untuk tidak melengah-lengahkan pendakwaan sekiranya didapati ada bukti kejadian itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, pembantu rumah berusia 23 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirogol suspek di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Suspek kemudiannya ditahan polis untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan, manakala mangsa dilaporkan kini tinggal di Kedutaan Indonesia sehingga kes selesai.

Dalam pada itu, Syed Hassan turut mengingatkan semua pemimpin yang memegang jawatan penting di peringkat pusat atau negeri untuk menjaga tingkah laku.

"Jangan sampai memalukan negara...Dari kes 1MDB hingga ke kes homoseks dan kini kes rogol pula, memalukan," katanya.