Coutinho tiada tempat dalam Liverpool?

Iklan
Coutinho mungkin tidak akan dapat kembali sertai Liverpool. Foto: AP

HASRAT Philippe Coutinho untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyertai bekas kelabnya, Liverpool dilihat cukup sukar.

Ejen pemain itu, Kia Joorabchian berkata, meskipun pemain berusia 27 tahun itu mahu pulang semula ke Anfield, namun dengan keseimbangan yang sudah dimiliki skuad Jurgen Klopp sekarang adalah mustahil untuk kelab itu memberi tempat istimewa buat Coutinho.

Iklan
Iklan

"Jelas sekali, jika dia kembali ke Liga Perdana Inggeris, ia adalah Liverpool tetapi ketika ini, saya fikir ia sukar.

"Liverpool kini sudah menjadi sebuah pasukan yang hebat. Mereka sudah lengkap di setiap posisi dan telah diuruskan dengan cukup baik.

Iklan

"Jadi, dengan apa yang sudah dimiliki, mungkin mereka perlu fikirkan semula jika ingin membawa Coutinho pulang memandangkan mereka perlu mengkaji tempat yang boleh diisi seseorang sepertinya.

"Saya rasa ia akan jadi sesuatu yang sukar kerana hasrat itu tidak mudah untuk disempurnakan," katanya.

Iklan

Tambah Joorabchian, beliau turut menolak perpindahan Coutinho ke Manchester United memandangkan kelab itu merupakan seteru utama Liverpool di EPL.

"United merupakan sebuah kelab hebat, saya mempunyai pemain di sana dan saya menghormati mereka. Namun, segalanya tampak mustahil untuk Coutinho ke sana.

"Saya lihat sangat sukar buat Coutinho untuk beraksi dengan mana-mana seteru Liverpool kerana dia mempunyai memori indah ketika di Anfield. Segalanya tampak sukar untuk kami mencari kelab di England buat masa ini," katanya lagi.

Terdahulu, Coutinho meninggalkan Anfield dan berhijrah ke Barcelona menerusi satu perpindahan mega bernilai RM741 juta pada Januari tahun lalu.

Walaupun pada awalnya beraksi cemerlang, namun lama kelamaan prestasinya merudum sejak musim lalu apabila hanya menjaringkan lima gol daripada 22 penampilan dan itu membuatkannya mula hilang tempat dalam kesebelasan utama gergasi La Liga itu.