Kutip puntung rokok untuk ais krim percuma

Iklan
Seorang kanak-kanak mengutip puntung rokok untuk ditukarkan dengan ais krim percuma di sebuah kafe di China. - Foto VCG

SHAANXI - Pemilik sebuah kafe di China mempunyai inisiatif menarik untuk memastikan kawasan sekitar kejiranan bebas daripada puntung rokok.

Kafe Green Donkey di Xi'an, wilayah Shaanxi menawarkan ais krim percuma kepada kanak-kanak yang mengutip 20 puntung rokok dan menyerahkan kepada kafe terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut pemilik kafe, Jian Chuntian, kebanyakan kanak-kanak terutama pelajar sekolah rendah berhampiran tidak mempunyai wang untuk membeli aiskrim.

Menerusi inisiatif yang mula diperkenalkan sejak September 2016, pihak kafe menganggarkan lebih 50,000 puntung rokok telah berjaya dikutip.

Iklan
Iklan

Idea tersebut bukan sahaja membolehkannya kanak-kanak menikmati ais krim percuma malah memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan.- Agensi