Tumpahan merkuri di Hospital Raub

Iklan
Anggota bomba yang terlibat membersihkan tumpahan merkuri di Hospital Raub hari ini.

RAUB - [DIKEMASKIN] Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub mengambil masa kira-kira lima minit membersihkan tumpahan merkuri di Hospital Raub di sini hari ini.

Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir memberitahu, tujuh anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 1.29 petang.