Kilang keropok terbakar

Iklan
Bahagian dalam kilang yang mengalami kerosakan selepas berlaku kebakaran di premis itu malam tadi.

KUANTAN - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang keropok di Taman Gudang Rasau di sini daripada musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kebakaran kira-kira jam 8.38 malam itu hanya melibatkan kerosakan 30 peratus struktur bangunan kilang berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi memadam kebakaran dijalankan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas menggunakan dua jentera.

"Anggota terlibat berjaya mengawal dan memadam kebakaran sekaligus menyelamatkan premis kilang tersebut daripada musnah sepenuhnya. Dalam kejadian itu, tiada kes kecederaan dilaporkan", katanya.

Iklan
Iklan