Saya bukan nak jadi PM semula: Najib

Iklan
Najib ketika berucap pada program santai petang bersama Bossku di Kampung Sembilang, Juru petang tadi.

BATU KAWAN - Pelantikan sebagai Penasihat Barisan Nasional (BN) bukanlah loncatan untuk kembali menjadi perdana menteri, kata bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya beliau menegaskan pelantikan itu memberi peranan kepadanya untuk memperkukuhkan lagi BN dan parti komponen yang lain.

Iklan
Iklan

Bekas perdana menteri itu berkata, sesiapa sahaja boleh memainkan peranan sebagai Penasihat BN namun individu itu perlu sanggup mengkritik Kerajaan PH secara konsisten selain mendapat sokongan daripada MCA dan MIC.

"Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz atau sesiapa sahaja memang boleh main peranan sebagai Penasihat BN tapi adakah beliau sanggup kritik Kerajaan PH secara konsisten?

Iklan

"Kita juga sedia maklum beliau sebelum ini telah diminta oleh MCA dan MIC melepaskan jawatan dia sebagai Setiausaha Agung BN," katanya ketika ditemui pada Program Santai Petang Bersama Bossku di sini petang tadi.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pelantikan Najib sebagai Penasihat BN diibaratkan campak spanar ke dalam mesin yang sedang berjalan.

Iklan
Najib intai peluang jadi PM pula?