Agong selesai kerjakan umrah
Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengerjakan ibadah umrah bersama rombongan yang mengiringi baginda di Arab Saudi. - Foto Instagram Istana Negara
MAKKAH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai mengerjakah umrah di Makkah bersama-sama berjuta-juta umat Islam yang kini berada di Tanah Suci semasa musim haji ini.
Sepanjang melakukan ibadah itu, Seri Paduka yang dikawal anggota keselamatan Arab Saudi, turut diiringi putera baginda, Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota delegasi dari Malaysia.
Iklan
Iklan
Sultan Abdullah turut berpeluang mencium Hajarul Aswad, batu yang diturunkan dari syurga, yang terletak di sudut timur Kaabah.
Kenangan manis mengerjakan ibadah sunat itu turut dikongsi apabila Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul.
Iklan
Seri Paduka berada di Arab Saudi untuk melakukan lawatan khas tiga hari bermula Jumaat lepas atas undangan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Kota Suci.
Pada hari pertama lawatan itu, baginda berangkat mengunjungi Madinah dan mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di sana.
Iklan
Seri Paduka dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Jeddah, pada 5 petang ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>