Najib bukan calang-calang orang: Tajuddin
Iklan
Tajuddin
IPOH - Fenomena 'bossku' yang berjaya menjadi ikutan rakyat di setiap program diakui antara faktor utama Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kelebihan bekas Perdana Menteri itu menarik perhatian ramai sekali gus memberi nafas baharu kepada parti.
Iklan
Iklan
"Ada pro dan kontranya dalam pelantikan Najib ini namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan kebolehan beliau mampu bantu parti bangkit semula melalui sokongan yang diraih.
"Ini kebangkitan yang bukan calang-calang dan jika dimanfaatkan sehingga pilihan raya akan datang, ia menjadi kekuatan baharu kepada parti. Jika sisihkan 'bossku', satu kerugian buat kita," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Semula dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 anjuran Taj International College (TIC) di sini semalam.
Menurutnya, pertikaian bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) akan pelantikan itu dilihat hanya bersifat peribadi.
Iklan
"Tidak semua pemimpin dalam parti dapat melakukan perkara serupa. Saya sendiri pun tidak boleh. Nazri dan KJ boleh ke tarik (pengikut)? Berapa yang boleh ikut mereka?
"Lagipun, Najib sangat berpengalaman dalam pentadbiran negara. Dia pernah berada di beberapa kedudukan penting seperti menteri besar, menteri pertahanan dan sebagainya. Kita pun tidak ada (pengalaman) sebanyak itu," katanya.
Tajuddin berkata, Najib hanya bertindak sebagai penasihat dalam BN dan tidak memiliki kuasa eksekutif.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil