Muhyiddin ada pakej lengkap jika dilantik TPM
Iklan
Kamaruddin
SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pakej lengkap serta kelayakan mencukupi untuk menggalas jawatan timbalan perdana menteri jika dilantik kelak.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang mencadangkan perkara itu kerana pandangan itu amat praktikal dan rasional.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan kerana selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin dilihat sebagai pemimpin paling senior dan berpengalaman.
"Muhyiddin punyai kedudukan yang sangat baik untuk jawatan itu. Beliau berpengalaman sebagai menteri sejak puluhan tahun, pernah menjadi bekas timbalan perdana menteri dan kini merupakan Presiden Bersatu serta Timbalan Presiden PH.
Iklan
"Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Anwar sejak dari dalam Kabinet dan secara peribadi, memang sudah wujud 'chemistry' itu. Jadi tak mustahil gandingan mereka sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan menjadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Terdahulu, Husam mencadangkan Anwar mengambil pemimpin Melayu daripada parti bukan PKR iaitu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.
Iklan
Husam menyifatkan gandingan Anwar dan Muhyiddin sebagai kombinasi terbaik serta akan mengamankan peralihan kuasa kuasa jawatan penting negara yang akan berlaku nanti.
Kamaruddin berkata, sekiranya cadangan tersebut menjadi kenyataan, beliau percaya tiada sebab untuk mana-mana pihak membantah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, cadangan untuk meletakkan calon dari parti komponen lain sebagai timbalannya dilihat sebagai cadangan yang sesuai.
"Muhyiddin boleh dianggap calon berwibawa, namun keputusan mestilah dibuat oleh Anwar dan Majlis Presiden PH," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Husam cadang Muhyiddin sebagai TPM
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>