Kuda 'merempit' di lebuh raya hala Sungai Dua, Pulau Pinang

Iklan
Aksi dua ekor kuda berlari di lalauan kecemasan Lebuhraya PLUS menghala Sungai Dua, Pulau Pinang.
SHAH ALAM - Pengguna Lebuhraya PLUS menghala Sungai Dua, Pulau Pinang bagaikan terhibur apabila melihat aksi dua ekor kuda 'merempit' di laluan kecemasan di jalan terbabit, hari ini.

Video berdurasi 34 saat dikongsi di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis itu dipercayai dirakam semalam dan dimuat naik kira-kira sejam lalu.

Setakat jam 9.30 malam ini, video itu diulang tonton 28,000 kali.

Iklan
Iklan

Bagaimana, mengikut status dimuat naik oleh pengendali Facebook itu, kedua-dua kuda itu telah pun selamat dikurung dalam kandangnya.

Menerusi video yang dikongsi itu, pengguna jalan raya turut merakam 'aksi' yang jarang dapat dilihat itu.

Iklan
Iklan