Lelaki diserang babi hutan, orang lain sibuk rakam sahaja!

Iklan
Imej rakaman video seorang penarik beca diserang babi hutan dalam kejadian di negeri Maharashtra, India.

NAGPUR - Seorang penarik beca berdepan detik cemas apabila diserang seekor babi hutan dalam kejadian di negeri Maharashtra, India.

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan di daerah Bhandara awal minggu ini.

Iklan
Iklan

Lebih malang, orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian lebih berminat merakam serangan tersebut berbanding menyelamatkan nyawa mangsa.

Rakaman tersebut tular di media sosial dan mengundang kecaman ramai.

Iklan

Dalam video itu, mangsa dilihat memukul kepala babi hutan tersebut beberapa kali dengan sebatang kayu semasa kakinya dirodok haiwan berkenaan.

Serangan itu berakhir beberapa minit kemudian selepas haiwan berkenaan meluru ke kawasan hutan berhampiran.

Iklan

Difahamkan mangsa telah dikejarkan ke hospital dan kecederaannya tidak mengancam nyawa. - Agensi