Gempar dikunjungi 'tetamu' tidak diundang
Iklan
Biawak seberat 15 kilogram yang berjaya ditangkap APM Tanah Merah di Kampung Batu 4, Jedok semalam.
TANAH MERAH - Sebuah keluarga di Kampung Batu 4, Jedok di sini gempar selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor biawak seberat 15 kilogram di garaj rumah mereka semalam.
Biawak berkenaan ditemui pemilik kediaman itu ketika sedang mengalihkan kereta.
Iklan
Iklan
Kehadiran biawak itu menyebabkan keluarga berkenaan cemas lalu bertindak menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanah Merah untuk bantuan.
Pegawai APM Tanah Merah, Ab Fattah Ab Aziz berkata, ketika anggotanya tiba, biawak berkenaan berada di bawah kereta.
Iklan
"Anggota kita menggunakan alatan khas untuk menangkap biawak itu, namun ia melarikan diri hingga ke bawah rumah.
"Kita berusaha menangkap reptilia itu hampir 15 minit dan dibawa ke pejabat APM Tanah Merah untuk tindakan susulan," katanya.
Iklan
Ab Fattah berkata, tangkapan itu merupakan biawak bersaiz besar dan jarang ditemui.
"Kita harap penduduk turut mementingkan kebersihan kawasan tempat tinggal dan membuang sampah di kawasan sepatutnya.
"Walaupun kehadiran biawak seumpama ini tidak berbahaya berbanding ular, namun air liur haiwan ini amat berbahaya kerana ia mempunyai kuman dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>