Ford Ranger trak pikap terbaik Malaysia 2019

Iklan
WAKIL Ford Ranger (kanan) menerima Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan.

RASANYA tidak perlu lagi dipertikaikan kemampuan kenderaan legenda dalam dunia kenderaan pacuan empat roda itu.

Setelah beberapa banyak pengiktirafan kepadanya diberikan, terbaharu Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik 2019, Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan.

Iklan
Iklan

Bersandarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima anugerah tersebut iaitu peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan dan kelebihan utama saingan, Ford Ranger membuktikan pencapaiannya. Dek prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan berprestij yang diterima.

Iklan

"Anugerah itu merupakan manifestasi daripada ramai individu termasuk kakitangan kami, para pelanggan dan pelabur."Mereka meletakkan kepercayaan kepada organisasi kami dan memberi sumbangan yang begitu bermakna untuk masa hadapan jenama tersebut.

"Ranger sering kali membuktikan bahawa ia sememangnya merupakan tanda aras industri bagi segmen trak pikap. Peningkatan kecekapan, penyempurnaan dan pelbagai inovasi teknologi terbaharu membantu meluaskan lagi daya tarikan Ranger di Malaysia,” tambah beliau lagi dalam kenyataan media baru-baru ini. Anugerah Frost & Sullivan merupakan pengiktirafan terbaharu untuk jenama itu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum itu.

Iklan

ANTARA anugerah yang dimenangi For Ranger: