Pemuda Pas gesa exco digantung

Iklan
Mohd Hafez Sabri

IPOH - Pemuda Pas Perak menggesa agar tugas Exco Kerajaan Negeri yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumah digantung serta-merta.

Timbalan Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, tindakan itu perlu dilakukan sehingga siasatan selesai dan terbukti pemimpin tersebut tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan berharap siasatan dibuat secara adil dengan semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berwajib melakukan tugasan mereka.

"Pemuda Pas Perak konsisten berpendirian bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi mana tidak dibuktikan ia bersalah. Institusi penguatkuasaan seperti polis, Jabatan Peguam dan mahkamah hendaklah bertindak tegas dalam memastikan tiada campur tangan pihak berkepentingan.

Iklan

"Pas sebagai sebuah Parti Islam yang berprinsip dan berintegriti memanfaatkan ruang demokrasi sebagai wasilah membangun Negara, sentiasa istiqamah dengan prinsip ini.

"Pas tidak pernah meletakkan kebencian melebihi keadilan," kata dalam kenyataan kepada media hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan pihak polis terhadap seorang Exco Kerajaan Perak berkaitan dakwaan merogol pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia.

Mohd Hafez berkata, bagi memastikan integriti dan moral sebagai pemimpin kerajaan terus dijaga serta dipelihara, wajar untuk pentadbiran yang diterajui Pakatan Harapan itu menggantung sementara tugas exco tersebut sehingga selesai pendakwaan.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataannya menjelaskan Kerajaan Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Exco tersebut yang dikaitkan dengan kes jenayah seksual.

Paul Yong dalam satu kenyataan hari ini tampil memberikan penjelasan menafikan perbuatan itu dilakukan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tidak pernah merogolnya: Paul-Yong