Dr Nur Amelina minta hormati privasi keluarga Ainul

Iklan
Dr Nur Amalina menggesa semua pihak menghormati privasi keluarga Ainul.

SHAH ALAM - Pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri menggesa semua pihak memberi ruang dan menghormati privasi keluarga bayi istimewa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Gesaan Dr Nur Amelina itu hadir selepas laporan mengatakan keluarga Ainul akan pulang ke tanah air semalam.

Iklan
Iklan

"Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada semua supaya memberi ruang dan menghormati privasi keluarga Ainul.

"Cerita mengenai Ainul akan pulang tidak benar. Ainul ketika ini masih dalam pemantauan doktor dan hanya akan pulang bila bersedia,” katanya melalui kenyataan di Instagram miliknya semalam.

Iklan

Dalam pada itu Dr Nur Amalina berkata, keluarga Ainul akan membuat kenyataan rasmi sebaik mereka selamat tiba di Malaysia.

"Tolong fahami keadaan keluarga Ainul. Kami mahu Ainul sihat sepenuhnya selepas menjalani pembedahan. Mari kita sama-sama doakan kesihatan Ainul,” katanya.

Iklan

Semalam, sebuah portal berita melaporkan keluarga Ainul, 10 bulan, terpaksa menangguhkan kepulangan mereka selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.

Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak berkata, mereka sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 9.35 malam kelmarin (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.

10 Jun lalu, Ainul yang menghidap Germ Cell Tumour sebelum ini selamat menjalani pembedahan selepas ketumbuhan pada mulutnya berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial, Prof David Dunaway.

Dr Nur Amalina merupakan antara individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London.