PU Abu oh PU Abu!

Iklan

APA sudah jadi dengan peserta Pencetus Ummah (PU) Abu ini?

Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, terkini dia dihimpit pula kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan retak.

Iklan
Iklan

Memetik laporan, baharu dua bulan menceraikan Ain 'Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan seorang ibu tunggal, Hana Azraa pula diuji.

Perkara itu dikongsikan Hana Azraa sendiri kepada sebuah portal berita tempatan.

Iklan

Menurut Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Iklan

"Saya tak nak dikaitkan dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya," kata Hana Azraa kepada mStar.

Menerusi semakan, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram (IG) masing-masing sejak sebulan lalu.

Hana Azraa berkata, dia tampil menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu... Tak nak mereka salah faham tentang kami.

"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagian PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-ALLAH," ujarnya.

Abu Sufyan cerai Ain 'Afini talak 2

PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil