Malaysia hasrat wujud kilang pemasangan Proton di Pakistan - PM

Iklan
- FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia begitu mengharapkan penubuhan kilang pemasangan automotif Proton Holdings Berhad di Pakistan.

Beliau membuat pengumuman itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Pencapaian Antarabangsa Dewan Perniagaan dan Industri Rawalpindi (RCCI) ke-32 di sini malam ini.

Iklan
Iklan

"Saya juga ingin mencadangkan kepada ahli perniagaan Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang perdagangan yang ada di Pakistan.

"Terdapat potensi besar yang belum diterokai bagi meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden RCCI Malid Shahid Saleem, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.

Iklan

Dr Mahathir berkata Malaysia komited untuk menyediakan persekitaran mesra perniagaan dan kerjasama bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melabur di sini.

"Saya gembira kerana Perdana Menteri Pakistan Tuan Yang Terutama Imran Khan berkongsi sentimen yang sama dan sangat berminat meneroka semua peluang yang ada dalam hubungan dua hala kita,” katanya.

Iklan

Dr Mahathir berpendapat, komuniti perniagaan adalah tulang belakang ekonomi, oleh itu kedua-dua pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.

Pada majlis itu, Anugerah Jenama Terbaik disandang oleh G’Five Mobile Pvt Ltd, manakala MIA Corporation merangkul Anugerah Kecemerlangan Pelanggan dan Anugerah Kepimpinan dalam Pendidikan Global dikurniakan kepada Datuk Tiffanee Marie Lim, sementara Mari Petroleum Pvt Ltd memenangi Anugerah Syarikat Paling Pantas Berkembang. - Bernama