Suami pengasuh ditahan cabul kanak-kanak 3 tahun

Iklan

GOMBAK - Perbuatan jelik seorang penganggur yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan asuhan isterinya di Taman Ehsan, di sini, Sabtu lalu, mengundang padah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian itu disedari bapa kanak-kanak berusia tiga tahun selepas anaknya itu mengadu diperlakukan sedemikian oleh suspek.

Iklan
Iklan

"Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut. Bertindak hasil laporan polis yang dibuat, polis menahan suspek berusia 38 tahun pada keesokannya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai bagi membantu siasatan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Iklan