KUALA NERUS - Pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu menyertai Bersatu tidak memberi kesan terhadap kerjasama di antara Pas dan UMNO ketika ini.
Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama kedua-dua parti teras Melayu dan Islam itu tetap berjalan seperti dirangka menerusi beberapa siri mesyuarat serta pertemuan dijayakan di peringkat kepemimpinan tertinggi juga akar umbi.