Terima kasih Kelantan tarik balik saman royalti minyak: Azmin

Iklan
Mohamed Azmin (kanan) dan Ahmad sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan Bil. 02/2019 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan kerana menarik balik saman melibatkan isu royalti negeri ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan tersebut akan membuka ruang lebih luas untuk mengukuhkan lagi semangat federalisme antara kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah proses penarikan balik telah selesai dan inilah hasrat yang mahu dilihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya suasana lebih kondusif dapat diwujudkan dan apa yang termaktub melibatkan royalti negeri ini dapat dilaksanakan setelah semua proses selesai dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad ketika mengulas perkembangan yang sama memberitahu, kerajaan Kelantan sudah memenuhi segala keperluan untuk menarik balik sepenuhnya saman terhadap kerajaan persekutuan dan Petronas itu.

Iklan

"Kita tidak akan failkan semula.

"Alhamdulillah semua dah selesai dan cuma tinggal lagi (Kerajaan Persekutuan)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Royalti minyak: Kes saman kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan selesai

Terdahulu, kerajaan Kelantan telah mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti di Mahkamah Tinggi pada 2011 dan pada Oktober tahun lalu kerajaan negeri menarik balik saman tersebut.

Namun, selepas sembilan tahun, pertikaian berhubung tuntutan royalti minyak antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan selesai sepenuhnya hari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Ini berikutan Kerajaan Kelantan menarik balik tuntutan saman terhadap Kerajaan Persekutuan yang difailkan pada 2010, melalui notis untuk tidak meneruskan saman itu di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang mewakili Kerajaan Negeri memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis pemberhentian untuk tidak meneruskan saman itu.