Pelajar mengaku tidak bersalah rogol rakan sekolah

Iklan
Tertuduh ketika dibawa keluar dari kamar Mahkamah Temerloh hari ini.

TEMERLOH - Seorang pelajar lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol rakan sekolah pada April lalu selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 11.30 pagi, bertempat di dalam tandas perempuan di sebuah sekolah di daerah ini, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan berumur 17 tahun pada 25 April 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376 (1) Kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Navini manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

R Navini kemudian meminta mahkamah mengenakan RM5,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh.

Iklan

Pei Si bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.