Lompat parti: Perlu gubal undang-undang
Iklan
Rosli (tengah) bersama penerima di Majlis Back To School, di sebuah pasaraya, hari ini.
KUANTAN - Kerajaan Persekutuan perlu menggubal segera undang-undang ‘lompat parti’ bagi menghalang perbuatan sesetengah ahli parlimen dan Adun kerana sanggup menggadaikan amalan demokrasi di negara ini.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, jika ada undang-undang berkaitan sudah pasti pihak berkuasa boleh membatalkan kemenangan pemimpin yang melompat itu.
Iklan
Iklan
"Jadi, apabila seorang ahli parlimen atau Adun melompat parti maka kerusinya akan di kosongkan serta-merta.
"Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi memilih wakil rakyat baharu,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Back To School, di sebuah pasaraya, hari ini.
Baru-baru ini beberapa ahli parlimen Umno telah mengumumkan keluar parti dan dijangka akan menyertai salah satu parti komponen PH tidak lama lagi.
Iklan
Menyentuh perkara itu, Rosli berkata, perbuatan pemimpin politik melompat parti merupakan perbuatan keji dan tidak bermoral.
Jelasnya, seseorang ahli parlimen atau Adun dipilih oleh rakyat berdasarkan parti yang diwakilinya.
"Dalam hal ini, mana-mana ahli parlimen atau adun lompat parti wajar meletakkan jawatan dan rakyat boleh memilih wakil rakyat baharu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, kemahuan melompat parti tidak dapat dinafikn berkaitan rapat dengan beberapa amalanyang tidak sihat.
Katanya, kemungkinan ada kaitan rasuah, ugutan, ancaman dan janji imbuhan wang serta sebagainya.
"Dengan membenarkan melompat parti akan membolehkan parti minoriti memiliki kuasa politik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>