Masih ada restoran sediakan straw

Iklan
Hee Loy Sian

SHAH ALAM - Terdapat beberapa restoran di negeri ini yang masih menyediakan straw secara bebas di premis mereka.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, masih segelintir pengusaha restoran dilihat tidak mengikuti sepenuhnya kempen yang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Biarpun notis diserahkan kepada pengusaha restoran dan kedai makan, namun masih ada yang menyediakan straw minuman plastik secara bebas.

"Ada straw yang diletakkan di depan kaunter yang mana boleh diambil secara mudah oleh pelanggan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, kerajaan negeri menyeru kepada semua pengusaha restoran agar bersama kerajaan negeri bagi menjayakan kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik.

Iklan

"Saya menyeru kepada semua pengusaha restoran atas arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini di mana mereka perlu menyimpan straw minuman ini dan bukannya meletakkan di tempat yang senang diambil oleh pelanggan.

"Kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mengurangkan plastik sekali guna seperti beg plastik, polistirena, penutup atau pelapis makanan plastik dan bahan-bahan plastik pakai buang," katanya.