Ibu bapa kandung Maszsyaimtiz dicari

Iklan
JKM dimaklumkan pasangan suami isteri yang menjaga Maszsyaimtiz tidak pernah berhubung dengan ibu bapa kandungnya.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun.

JKM Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Maszsyaimtiz Maszri dijaga oleh sepasang suami isteri sejak lahir.

Iklan
Iklan

"Difahamkan kanak-kanak ini dilahirkan di Klinik Kita, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 15 September 2005.

"Pasangan ini telah mengambil kanak-kanak itu di klinik tersebut pada hari sama dia dilahirkan dan menjaganya sehingga ini," katanya.

Iklan

Katanya, JKM dimaklumkan pasangan ini tidak pernah berhubung dengan ibu bapa kanak-kanak ini dan tidak tahu di mana mereka berada.

"Pada 18 Jun lalu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur telah memberi Perintah Jagaan Sementara kanak-kanak di bawah jagaan suami isteri tersebut sehingga satu siasatan lanjut dapat dilakukan.

Iklan

"JKM mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu bapa kandung kanak-kanak ini untuk menghubungi pelindung kes di talian 03-2612 4000 bagi memberikan maklumat seterusnya membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak," katanya.