Sorotan 2018: Lagu tempatan yang menjadi pilihan pendengar
Iklan
1. Tak Pernah Hilang mula mencuri perhatian umum apabila lagu ini diangkat menjadi lagu tema untuk drama Nur. Sehingga ini lagu nyanyian penyanyi Kaer dan Amylea mendapat 10.3 juta tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan pada 17 April lalu. Untuk rekod lagu ini berjaya ke AJL 33.
2. Lagu Ragaman merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar dan diperkenalkan pada 24 Ogos lalu. Kini lagu itu meraih 2 juta lebih tontonan di YouTube. Menarik tentang lagu ini juga apabila Faizal menampilkan pelakon hebat seperti Nabila Huda sebagai pelakon muzik videonya.