Mangsa kebakaran meninggal dunia

Iklan
Laporan Sinar Harian, 4 Julai lalu.

IPOH - Selepas dua hari menerima rawatan, seorang daripada dua mangsa yang mengalami lecur akibat kebakaran disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

Mangsa, Cheah Cheong Seng, 42, disahkan meninggal dunia pada jam 4.10 pagi tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mangsa sebelum ini menerima rawatan selepas terlibat dalam kebakaran sebuah rumah di Regrouping Area, Menglembu, Khamis lalu.

"Bedah siasat telah dijalankan pagi tadi dan sebab-sebab kematian adalah disebabkan kesan terbakar," katanya.

Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa cedera di anggota badan sementara ibunya lingkungan 70-an cedera di tangan dan kepala ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumah didiami terbakar.

Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan hasil bantuan orang awam.

Iklan