Bas lantai reput lulus pemeriksaan Puspakom

Iklan
Anggota polis Cawangan Trafik, Mohamad Yuskarfi Abdullah melihat lantai bas yang meragut nyawa murid SK Tok Bok.

PASIR PUTEH - Bas berlantai reput yang mengorbankan nyawa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok semalam mempunyai permit dan lulus Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Azmir Damiri berkata, polis mengambil keterangan pemandu bas bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Pemandu bas berusia 45 tahun itu mempunyai lesen sah dan berpengalaman memandu bas sekolah selama empat tahun.

"Ujian air kencing ke atas pemandu itu juga negatif dadah," katanya.

Iklan

Mohd Azmir berkata, bas tersebut dalam perjalanan menghantar 31 murid tahun enam SK Tok Bok untuk mengikuti bengkel bahasa Inggeris di Bukit Keluang, Besut.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik di sini jam 11.50 pagi semalam, Wan Mohammed Adam Mohd Suria, 12, meninggal dunia digilis bas selepas terjerlus daripada lantai reput bas berkenaan.