Datuk rugi lebih RM100,000, rumah dipecah masuk

Iklan

KUANTAN – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dipecah masuk dua lelaki pada 6 Disember lalu.

Mangsa berusia 31 tahun berkata kejadian itu hanya disedari pada Rabu lalu selepas dia pulang untuk menjenguk keadaan rumahnya di Damansara dekat sini yang ditinggalkan kerana mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Hasil rakaman daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV)) didapati kedua-dua suspek berhenti di hadapan rumah sebelum mereka memecah masuk dengan cara memanjat pagar dan mengumpil pintu rumah," katanya ketika dihubungi.

Mangsa berkata kereta jenis Porsche yang ditinggalkan di garaj rumah turut dirosakkan selepas dipercayai cuba dilarikan tetapi gagal, malah tiga CCTV yang berada di hadapan dan dalam rumah turut dirosakkan dipercayai untuk mengelak perbuatan mereka dirakam.

Iklan

Menurutnya selain itu beberapa barangan berharga miliknya lain turut dilarikan termasuk sebuah telefon bimbit serta 15 utas jam berjenama mengakibatkan beliau mengalami kerugian lebih RM100,000.

Berikutan itu, isteri ahli perniagaan berkenaan telah membuat laporan polis Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berhubung kejadian itu.

Iklan

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian. - Bernama