Fauzi Nawawi buat badan elak nampak gemuk

Iklan
Fauzi Nawawi

PELAKON sininom watak jahat, Fauzi Nawawi, 46, memberitahu dia mula bersenam untuk membina badan sejak dua minggu lalu demi untuk menghidupkan watak Samad dalam filem Coast Guard.

Menurut Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 itu, dia hanya bersenam di kediaman rumahnya sahaja.

Iklan
Iklan

"Tak pergi gim pun cuma bersenam sendiri di rumah turun naik dan berlari di tangga rumah dua tingkat.

"Bila ada babak kena buka baju tak adalah nampak lemak berlebihan," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali Fauzi Nawawi, berkata, gara-gara kesungguhan untuk mencantikkan badan nampak fit, malang tidak berbau Fauzi mengalami kecedaraan otot.

"Cedera kecil sahaja, kaki kiri terseliuh. Tapi alhamdulillah sekarang ini sudah dapat berjalan sikit-sikit.

Iklan

"Saya hanya dapatkan rawatan urut tradisional sahaja.

"Mujur penggambaran lambat lagi, jadi tidaklah saya risau dan menjejaskan komitmen nanti," katanya lagi.

Selain Fauzi dalam filem itu nanti, antara barisan pelakon utama lain terdiri daripada Emma Maembong, Julia Farhana, Saharul Ridzwan, Black dan Hazama.