Tiga pemuda mengaku rogol pelajar tingkatan tiga

Iklan
Kesemua tertuduh di bawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas selesai pertuduhan dibacakan.

KUALA TERENGGANU - Tiga pemuda mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini merogol seorang pelajar tingkatan tiga, di Setiu, Jun lalu.

Tertuduh Muhammad Amirul Arif Baharom, 20, berdepan dua pertuduhan manakala dua lagi rakannya Mohd Fakrudin Anuar, 24, dan Mohd Shah Firdaus Hassan, 21, masing-masing berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di Kampung Beris Tok Ku, Mukim Guntong, Setiu, kira-kira jam 8 pagi hingga 11 malam, pada 22 hingga 27 Jun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi rakan mereka, Mohd Hairi Mustafa, 23, turut mengaku salah melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluan dan payudara ke atas mangsa yang sama.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud didepan Hakim Wan Azimah Yaacob manakala kesemua tertuduh diwakili Muhammad Ramlan Taib dari Tetuan Ramlan and Co.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sementara menunggu fakta kes dan keputusan.

Mahkamah turut membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.