Pulau Batu Puteh: Malaysia komited laksana penghakiman ICJ

Iklan
Marzuki Yahya

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya hari ini menjelaskan bahawa kenyataannya berkenaan Pulau Batu Puteh di Parlimen semalam adalah mengenai pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan bukannya menuntut pulau itu.

Katanya kenyataan beliau adalah jelas mengenai komitmen kerajaan kepada pelaksanaan penghakiman ICJ berhubung kes kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Iklan
Iklan

"Isu yang saya maklumkan adalah untuk kita teruskan pelaksanaan penghakiman ICJ menerusi Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC).

"Kenyataan saya cukup jelas, dan tidak ada kenyataan yang menyatakan soal nak ‘claim’ (tuntut) balik Batu Puteh," katanya bagi menjelaskan kenyataannya pada sesi Parliamen semalam.

Iklan

Malaysia dan Singapura pada 2008 menubuhkan MSJTC bagi melaksanakan penghakiman ICJ berhubung kes kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Marzuki menegaskan kenyataan beliau adalah untuk meneruskan perbincangan berkenaan pelaksanaan penghakiman ICJ bagi menangani pertikaian di kawasan itu.

Iklan

Beliau berkata mesyuarat kelapan MSJTC dijangka berlangsung pada Oktober ini dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

Tujuh mesyuarat MSJTC sebelum ini diadakan berkaitan proses perundingan pembatasan sempadan maritim antara Batu Puteh dan Batuan Tengah.