Rakaman CCTV lelaki mirip Haziq di sebuah hotel di Sandakan

Iklan

KUALA LUMPUR - Kontroversi video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip seorang menteri Kabinet kembali panas apabila sebuah klip video baharu disebarkan menerusi YouTube hari ini.

Dengan tajuk ‘Rakaman CCTV Four Points’, video yang dimuat naik menerusi akaun YouTube menggunakan nama Rahim Jaafar dipercayai daripada kamera litar tertutup (CCTV) sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman CCTV berkenaan, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam memasuki lif pada jam 1.56 pagi bertarikh 11 Mei 2019 kemudian keluar pada jam 2.21 pagi dan beberapa kali berjalan di tingkat tersebut.

Bagaimanapun, tidak ditunjukkan bilik mana yang dimasukinya lelaki berkenaan.

Iklan

Tulisan dalam rakaman tersebut mendakwa individu itu ialah Haziq Abdullah yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong.

Dalam video itu turut kelihatan, seorang lelaki memakai hud hitam memasuki salah sebuah bilik pada jam 1.07 pagi dan keluar pada jam 1.43 pagi.

Iklan

Begitupun, tidak dapat dipastikan siapakah lelaki yang memakai hud hitam berkenaan kerana mukanya tidak begitu jelas kelihatan.

Rakaman video tersebut kemudian menunjukkan lelaki berbaju hitam yang didakwa sebagai Haziq Abdullah meninggalkan koridor hotel itu sambil menolak sebuah bagasi pada jam 11.32 pagi 11 Mei 2019.

Sebelum video berakhir, terpampang tulisan ‘Ni baru teaser, nantikan muka penghuni bilik itu’ sekali gus memberi isyarat bahawa akan ada video terbaru melibatkan skandal berkenaan.