Remaja dirogol dua abang kandung hingga lahirkan bayi

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Said Ibrahim

KEMAMAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai menjadi pemuas nafsu dua abang kandungnya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, perbuatan terkutuk dua suspek yang berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar apabila mangsa mengadu sakit perut dan dibawa ke hospital kira-kira jam 9.30 malam, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah hamil 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada hari yang sama.

"Hasil soal siasat mangsa mengakui dirogol dua abangnya bermula akhir 2017 ketika mereka menetap di Kuantan, Pahang.

Iklan

"Siasatan mendapati mangsa dan keluarganya berpindah ke daerah ini pada Ogos tahun lalu dan perbuatan sama berterusan sehingga mangsa disahkan mengandung pada Mei lalu," katanya.

Mohd Said berkata, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Chukai pada keesokan harinya.

Iklan

"Susulan itu dua suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram," katanya.