PH tidak lari dari landasan: Mahfuz
Iklan
Mahfuz
ALOR SETAR - Gesaan beberapa pihak termasuk pemimpin utama dalam PH supaya kerajaan segera menunaikan janji manifesto PRU14 lalu dilihat sebagai satu petanda baik untuk mengingatkan kepimpinan sedia ada supaya tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan semua janji yang telah dirangka terutama dalam aspek meringankan beban hidup rakyat.
Iklan
Iklan
"Semua sedia maklum, selepas mengambil alih kerajaan kita berhadapan dengan kekangan kewangan yang berat dan memerlukan tempoh untuk penyusunan semula dari aspek kewangan dan ekonomi. Dalam tempoh sebelum lima tahun ini, sebahagian besar janji tersebut boleh dilaksanakan.
"Semua pihak dalam parti gabungan PH juga sudah sedia maklum mengenai perkara itu dan jika belum mereka boleh merujuk dengan kepimpinan parti masing-masing mengenai masalah yang sedang kita hadapi. Saya tidak rasa kita (kerajaan) lari dari landasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Walimatulurus Perdana di sini, hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Datuk Johari Abdul, Khamis lalu, yang meminta kerajaan bertindak segera dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat bagi mengelak kepercayaan diberikan pada PRU14 lalu terhakis.
Johari dilaporkan berkata rakyat berada dalam keadaan gelisah dan kecewa kerana walaupun selepas tujuh bulan mentadbir negara tidak banyak perubahan yang dilakukan kerajaan PH.
Iklan
Sementara itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen PH iaitu Perlembagaan Persekutuan; komitmen terhadap agenda reformasi; dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai antara satu sama lain, menjadi asas dalam melaksanakan perancangan kerajaan.
"Apa yang penting semua pihak harus terus fokus dalam menjalankan tanggungjawab di kementerian masing-masing. Mereka perlu fokus macam mana hendak laksanakan prinsip tersebut dalam setiap kementerian yang dipegang oleh wakil dari parti dalam PH," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak boleh ada penyimpangan oleh parti komponen dalam PH terhadap tiga prinsip itu kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14 lepas.- Bernama.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.