Lelaki bertopi keledar hijau mencuri lagi
Iklan
Kompresor penghawa dingin di dinding belakang bangunan dicuri semalam.
BUKIT SENTOSA - Tiga hari lalu mencuri tangga di belakang sebuah restoran dan semalam, sebuah kompresor penghawa dingin pula dicuri dipercayai dilakukan oleh individu sama.
Dua video rakaman dua kejadian berasingan itu dimuat naik pengendali laman Facebook, Mohd Rizwan Zainal Abidin, 44, yang meminta orang ramai mengesan individu terbabit dan memaklumkan kepada pihak polis.
Iklan
Iklan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut memaparkan persamaan suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dengan memakai topi keledar berwarna hijau.
Menurut Mohd Rizwan, kejadian 28 Jun lalu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia sedang melakukan kerja ubah suai di sebuah restoran di Bandar Bukit Sentosa.
Iklan
Katanya, satu tangga aluminium didapati hilang ketika rakan sekerja masuk seketika ke dalam restoran untuk mengambil peralatan mengecat.
"Selepas melihat rakaman CCTV, tangga berkenaan dibawa lari oleh seorang lelaki yang menunggang Honda Wave dengan memakai topi keledar berwarna hijau.
Iklan
"Semalam seorang rakan memaklumkan kompresor penghawa dingin di belakang bangunan kedainya pula hilang kira-kira jam 3.18 petang.
"Bila tengok rakaman CCTV, perbuatan curi ini dilakukan oleh orang yang sama. Jika sesiapa ternampak atau kenal, sila hubungi balai polis dengan segera," katanya kepada Sinar Harian.
Rakaman CCTV menunjukkan tangga aluminum itu dibawa lari suspek menunggang motosikal.
Mohd Rizwan berkata, modus peranti suspek yang menunggang motosikal akan berlegar-legar di kawasan belakang bangunan kedai sebelum mencuri meskipun di siang hari.
Difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>