Spa tawar khidmat seks pelacur warga asing diserbu

Iklan
Antara wanita yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis spa di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik spa hotel di Jalan Raja Laut di sini dipercayai untuk menjalankan kegiatan pelacuran wanita warga asing.

Itu taktik lapuk yang dikesan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam serbuan Ops Noda malam tadi.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, serbuan dijalankan kira-kira jam 10.35 malam.

Antara lelaki merupakan pekerja yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa hotel di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi.

"Lapan wanita warga asing iaitu tiga Indonesia dan lima Thailand berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun disyaki pelacur ditahan.

Iklan

"Turut ditahan empat lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang berperanan sebagai penjaga premis, kapten serta pekerja," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, polis kemudian merampas tuala, jadual kerja, kondom serta wang tunai.

Iklan

Mengulas modus operandi premis, Rohazah mendedahkan, kegiatan itu dijalankan di tingkat tiga hotel berkenaan yang disyaki menawarkan khidmat wanita asing bagi tujuan pelacuran dengan bayaran RM200 bagi satu sesi.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen," katanya.