Pemimpin Amanah Kelantan pertimbang jawatan Presiden Kafa

Iklan
Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

PENGERUSI Parti Amanah Negara (Amanah ) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, tidak menolak kemungkinan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) 6 Julai ini.

Katanya, beliau akan mempertimbangkan sama ada untuk terus bertanding atau menarik diri selepas dicalonkan bagi bagi pemilihan Presiden dan barisan Exco baharu persatuan terbabit oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ).

Iklan
Iklan

"Semua calon diberikan peluang oleh Kafa untuk membuat keputusan menentukan sama ada setuju atau tidak bertanding.

"Saya akan pertimbangkan pencalonan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Kafa menerima empat pencalonan bagi calon presiden, selain Wan Abdul Rahim tiga calon lain adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

EGM terbabit akan diadakan susulan peletakan jawatan presiden Kafa sebelum ini Bibi Ramjani Ilias Khan selepas didesak pelbagai pihak.- Bernama

Iklan