Gangguan frekuensi punca pegawai ke rumah Tan: MCMC
Iklan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari menjelaskan kehadiran pegawainya di kediaman bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng di Tanjung Tokong, Pulau Pinang semalam bertujuan menyiasat satu insiden gangguan frekuensi.
Dalam satu kenyataan di sini, MCMC berkata gangguan dikesan berpunca daripada sebuah telefon tanpa kabel jenama Panasonic model KX-TGA401 yang dimiliki Tan dan beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Iklan
Iklan
"MCMC ingin menasihatkan orang ramai yang memiliki ataupun berniat untuk menggunakan model telefon yang sama agar menghubungi pejabat MCMC berhampiran bagi mengelakkan berulangnya kes-kes gangguan sedemikian yang akan menjejaskan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan yang terlibat,” demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan MCMC itu menyusuli dakwaan yang dibuat oleh Tan menerusi laman Facebooknya semalam.
Iklan
Iklan
Bekas ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti pada 2010 dan menjadi wakil Bebas itu memuat naik status berbunyi:"Netizen sekalian, bagi tempoh 10 pagi hingga 2 pagi tadi saya tidak menerima sebarang pesanan. Baru sekejap keluarga saya memaklumkan MCMC datang ke rumah mencari saya dan saya tiada di rumah. Jika selepas ini tiada mesej daripada saya, ketahuilah apa yang berlaku.(Penganiayaan politik). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>