Pengawal keselamatan lakukan amang seksual dijel 4 tahun

Iklan
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

KUALA TERENGGANU - Seorang Pengawal keselamatan warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia, tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas Sofikul Islam Soyed Hosen, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah pondok pengawal keselamatan di Mak Lagam, Chukai, Kemaman kira-kira jam 2 petang pada 29 Mac 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 29 Mac 2018 bagi kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini itu.