Mayat remaja warga Korea hanyut ditemukan

Iklan

KOTA KINABALU - Mayat seorang pelancong warga Korea Selatan yang hanyut ketika mandi di Borneo Beach Villa, Karambunai Sepanggar ditemukan pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa Kyeoung Young An, 18, dijumpai kira-kira 7.06 pagi oleh nelayan.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian pada Jumaat lepas, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti mandi sebelum hanyut ke tengah laut," menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 4.17 petang sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergerak ke lokasi kejadian sejauh 29 kilometer.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama